Isnin, 30 Januari 2012

Selamat Menyambut Maulidulrasul 2012 : Biodata Rasulullah

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم




Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Bersempena ulang tahun kelahiran Rasul ulung, mrshaz nak bawakan kepada korang untuk sama-sama menyelami dan mengenali siapakah dia Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W JOM!!!

 Kita sekarang lebih kenal artis daripada rasulullah, lebih menyambut hari valentine (yg soheh kita tidak perlu untuk menyambutnya) daripada menyanjung rasulullah.
Pelik! Pelik!

Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi 'St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologihidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH S.A.W.


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 . Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah . Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim .
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

 ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). 
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy. § Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)..


  ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

 wahai-wahai , rakan sekalian , mengenalilah baginda , bak kata pepatah "kalau tak kenal tak cinta" (hehehehe).
 Dalam hadis , Riwayat Al-Sajary daripada Anas :- Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."

 Banyakanlah mengingati baginda , dengan berselawat dan berpuasa dibulan yang mulia ini , semoga kita mendapat pahala yang berlipat ganda dari allah taala .

 AMEEN ! !





video ini adalah kisah Rasullullah S.A.W yang difilemkan sekitar tahun ini telah di sahkan kesahihannya faktanya oleh University Al-Azhar Mesir. Keperibadian Rasulullah secara fizikal tidak ditunjukkan. Selamat menonton dan menghayatinya agar kita peroleh maanfat dan pengajaran yang berguna. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan