Ahad, 30 Disember 2012

Cinta Menurut Pandangan Islam.

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu. 

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka. 

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. 

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras. 

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata. 

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal. 

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. 

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:  

1. Cinta kepada Allah 
Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap. 

Firman Allah s.w.t: “... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165) 

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´ 
Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w. 

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji. 

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam. 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut: 

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901) 

3. Cinta Sesama Mukmin 
Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w. 

Maksud firman Allah s.w.t: 
... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29) 

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu. 

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya. 

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. 

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan. 


Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa kita .

Rabu, 14 November 2012

Bagaimanakah Manusia Diciptakan?

Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi…

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa.

 Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya".

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN? 

Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis 
Tanah Bukit Tursina 
Tanah Iraq Tanah Aden 
Tanah Al-Kautsar 
Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah 
Tanah Paris 
Tanah Khurasan 
Tanah Babylon 
Tanah India 
Tanah syurga 
Tanah Tha’if 

Kata Ibnu Abbas

1.  Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. 
2.  Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat. 
3.  Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah. 
4.  Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. 
5.  Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian. 
6.  Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis. 
7.  Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia. 
8.  Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak. 
9.  Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa. 
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. 
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. 
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya. 
13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan. 

Bagaimanakah prosesnya : 

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”. 
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”. 
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”. 
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna. 
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. 

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur. 

 Dijadikan pula lima buah pancaindera : 

 1. Mata alat penglihatan 
 2. Hidung alat penciuman 
 3. Telinga alat pendengaran 
 4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya. 
 5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya. 

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia. 

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. 

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. 

Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”. 

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. 

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. 

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan. 

Sedikit Video:



Allahuallam

Isnin, 18 Jun 2012

Rejab , Syaa'ban dan Ramadhan

Assalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh . 

Semoga semua dlam keadaan sihat sejahtera disamping mendapat keredhaan allah . Dalam kealpaan dunia , kita tidak sedar bahawa kita telah melalui beberapa bulan yang penting dalam agama islam yaitu rejab , syaaban dan ramadhan .



                                     اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان 

"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"  — Hadis riwayat Ahmad dan at-Tabrani, 

"Daripada Anas Penghulu segala bulan adalah Ramadan. Bulan yang dikurniakan oleh Allah dengan anugerah yang besar kepada hamba-Nya."

KERAHMATAN, KEAMPUNAN, KELEPASAN DARI AZAB NERAKA.

Kedatangan Rejab menandakan Ramadan yang ditunggu semakin hampir. Rasulullah mengajar kita doa apabila bulan Rejab sudah bertandang.

Disini huraian tentang bulan tersebut :- 



 Rejab 

-Pada bulan Rejab, berlakunya peristiwa Isra’ Mikhraj yang berlaku pada 27 Rejab. Tahun berlakunya Isra’     Mikhraj dipanggil Tahun Dukacita kerana pada tahun itu, Rasulullah s.a.w kehilangan dua insan yang disayangi iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Maka Allah menceriakan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Isra’ Mikhraj.

-Bulan Rejab ialah berlakunya solat umat Islam lima waktu yang pertama. Sebelum ini, umat Islam hanya bersolat dua waktu iaitu waktu pagi dan petang namun sebaik sahaja solat difadhukan lima waktu maka dua waktu sebelumnya diharamkan oleh umat Islam bersolat. Solat pertama ialah solat Subuh, iaitu sebaik sahaja Rasulullah s.a.w kembali dari Isra’ Mikhraj. 

Kata Saidina Ali : 
- puasa Rejab 13 hari = puasa 3 ribu thn 
- puasa Rejab 14 hari = puasa 10 ribu thn 
- puasa Rejab 15 hari = puasa 100 ribu thn 

Bulan Rejab Syahrullah ( Bulan ALLAH ), diampunkan dosa org-org yg meminta ampun & bertaubat kpd ALLAH.  : 
·Diampunkan dosanya yang lalu 
·Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal 
·Terlepas dari dahaga di hari kiamat 


Syaa'ban

-Pada bulan Syaaban pula, adanya malam Nisfu Syaaban. Terdapat nas yang berkaitan dengan Nisfu Syaaban yang datang dengan penambahan iaitu pada malam Nisfu Syaaban, malam ke 15 Syaaban, Allah berfirman bahawa sesiapa yang meminta ampun kepada Allah melalui doanya maka doanya akan diperkenankan oleh Allah kecuali tiga golongan iaitu:- 
1.Orang yang syirik kepada Allah. 
2.Orang yang berzina dan tidak bertaubat nasuha. Malahan orang berzina ini meskipun 
3.orang lain berdoa untuk dirinya maka tidak diterima oleh Allah. Orang yang bermusuhan sesama Islam. 

-“ Allah menjenguk dtg kpd semua makhlukNya di malam Nifsu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali org yg menyekutukan ALLAH atau org yg bermusuhan.”( Hadis riwayat Ibnu Majah at-Thahrani dan Ibnu Hibban) 

-Barangsiapa berpuasa pd awal hr khamis pd bulan Syaaban & akhir Khamis drpd Syaaban dimasukkan dia ke dlm Syurga. ( AL-Hadis dari kitab Al-Barakah) 



Ramadhan

-Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan besar-besaran. Allah mengampuni semua dosa umatnya yang memohon ampun secara ikhlas kepada Allah kecuali dosa yang berkaitan dengan manusia. 

-Di bulan Ramadhan, amalan dilipat gandakan. Pada bulan Ramadhan, pahala amalan bagi perkara sunat ialah pahala sunat+pahala wajib. Manakala pahala amalan bagi perkara wajib ialah 70 kali ganda dari bulan-bulan yang lain. Namun begitu, pahala amalan di Masjidil Haram dan sekitarnya ialah 100,000 kali ganda. Masjidil Haram dan sekitarnya adalah satu-satunya tempat di mana umat Islam dapat bersolat tanpa had. Selepas Asar pun boleh solat sunat, tidak seperti tempat lain di mana ia diharamkan. 

-Berpuasa 6 hari selepas bulan Ramadhan di bulan Syawal akan mendapat pahala seperti berpuasa selama setahun. 

-Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya : 
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah 
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya. 
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar. 
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku. 
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)



Alhamdulillah, kita dah lihat beberapa keistimewaan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Mungkin pembaca boleh cari keistimewaannya lagi di mana-mana sumber kerana apa yang saya taip ini, hanyalah sebahagian.Moga-moga dengan mengetahui keistimewaan 3 bulan ini, menjadi pendorong kepada kita utk banyakkan amal, meningkatkan iman dan meraih cintaNya. Moga Allah meredhai setiap amalan kita di dunia ini. Insyaallah. 

REJAB bulan menabur benih,
SYAABAN bulan menyiram tanaman, 
RAMADHAN bulan menuai. 

REJAB menyucikan badannya, 
SYAABAN menyucikan hatinya, 
RAMADHAN menyucikan rohnya. 

REJAB bulan taubat, 
SYAABAN bulan muhibbah, 
RAMADHAN dilimpahi segala amalan. 


Wallahualam.

Jumaat, 18 Mei 2012

Wanita Adalah Perhiasan Terindah



Assalamua'laikum ,,

Disini kita akan berkongsi tentang tajuk yang diletakkan !
Disini ada dialog tentang tajuk diatas diberi :


“Abang, apa itu wanita solehah?


 “Hmm. Susah nak jawab ni. Kenapa?”


 “Saje nak tahu. Apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah dan lelaki yang soleh. Saya keliru lah.” 


Keliru? Hmm.. Pelik. Tapi, tidak mengapalah.

Generally, wanita solehah ni bukanlah sejenis pokok ataupun sejenis galian. Tetapi, mereka sama je macam wanita-wanita yang lain. Ada mata, telinga, perasaan dan lain-lain. Cuma mungkin perbezaan yang dapat kita lihat itu tiada pada zahirnya, tetapi terletak pada sudut yang kita tak mampu untuk melihatnya, kecuali Allah. Itulah hati.


 “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamb sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhdap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” 
[QS An-Nuur, 24:31] 
Panjang bukan?

 Tetapi, inilah ayat Allah yang mengajarkan kepada kita mengenai salah satu ciri-ciri yang ada pada mereka yang solehah.
 Mereka tidak melihat bukan sebab mereka butakan mata mereka, tetapi mereka sedar dan faham akan ayat Allah.
 Mereka tidak dilihat bukan sebab mereka tidak menarik, tetapi kerana pakaian serta perhiasan yang digunakannya adalah berasaskan ketakwaan.
 Contoh mudah, jika seorang wanita itu memakai hijab kerana takutkan Allah. Maka kita juga takut untuk melihat ke arah dia. Walaupun kita berpeluang. Bukan takut sebab dia macam hantu ke apa, tapi kerana dia memakai hijab itu atas dasar takwa. Takut kepada Allah.
 Tetapi, jika seorang wanita itu memakai hijab kerana fesyen atau mahu dilihat oleh manusia, maka sebab itulah kita pun seronok je kadang-kadang melihat mereka. Sebab yang membezakan antara keduanya hanya satu sahaja. Mereka memakai hijab bukan lagi atas dasar takwa.
 Itulah dia antara ciri-ciri wanita solehah. Mereka tidak akan cuba untuk mencari ruang dan peluang untuk mengenal lelaki dengan sebab yang peribadi atau personal, tidak akan mencari ruang dan peluang untuk supaya dirinya menjadi perhatian para lelaki, dan inikan pula kalau membawa kepada menggadaikan kesucian nilai cinta pada lelaki dengan sarana yang ada pada zaman sekarang ni, seperti couple atau yang lebih teruk lagi, zina.



“Macam mana nak tahu mereka ni wanita solehah?”







Mudah saja nak tahu dia solehah ke tidak.
 In real case, kalau dia yang mula dulu nak kenal dengan kita, tiba-tiba mesej, bagi hadiah dan segala macam, maka di wanita murahan. Sebab cinta yang dia miliki itu terlalu murah, hinggakan ianya boleh dibeli hanya dengan mesej yang nilainya satu atau dua sen sahaja (tak termasuk cukai 6%). Ataupun boleh dibeli hanya dengan hadiah atau makanan yang harganya mungkin dalam RM200 gitu saja. Terlalu murah. Inikan pula kalau hanya sekadar chatting di Facebook atau mana-mana. Heh.

 Mungkin agak kasar. Tetapi itulah realiti yang pahit terpaksa kita telan.

 Tetapi, kalau dia seorang wanita yang solehah, cintanya hanya boleh dibeli dengan cinta kita pada Allah SWT dan satu perkara yang pasti ialah, melalui proses yang sangat suci iaitu ikatan pernikahan.”



“Jadi, macam mana kalau seorang wanita yang solehah ni nak berurusan dengan lelaki?”







Adapun bergaulnya wanita solehah ini adalah atas sebab-sebab yang umum. Meeting.. Study group.. Selagimana ianya tidak bersifat personal. Sebab, Allah tak melarang percampuran antara lelaki dan perempuan. Tetapi, Allah cuma mengehadkan pergaulan antara lelaki dan perempuan, kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan apa kelemahan kita. Dia yang ciptakan kita. Macam kalau kita cipta satu robot. Kita mesti tahu, apa kelebihan robot tu dan kita juga tahu kelemahan robot tu.

Macam itu perumpamaannya untuk Allah, Pencipta diri kita sendiri. (sekadar perumpamaan).

Kenapa Dia suruh kita jaga pandangan kita?

 Kerana Dia tahu di mana titik kelemahan kita. Dari mata, turun ke hati, lepas tu. Habis gelaplah hati tu.Kesian. Bila hati dah gelap, apa jadi? Maka kita yang kononnya moden ni akan jadi seperti mereka yang pernah kita gelar Arab Jahiliah dahulu.

 “Couple, ‘ringan-ringan’, zina, bunuh bayi dan lain-lain…”

 Jika indah peribadi seorang wanita itu, maka dia akan menjadi perhiasan yang paling indah. Jika buruk peribadi seorang wanita itu, maka perhiasan itu mungkin masih indah, tetapi hanya pada mata hawa nafsu. Ok, cukuplah cerita tentang wanita solehah.

Tak leh banyak-banyak.

like!

Selasa, 27 Mac 2012

Hukum Letak Gambar di Internet

Kebanyakan manusia pada zaman sekarang menggunakan laman sosial seperti FACEBOOK untuk berkomunikasi dengan orang yang berada di jarak yang jauh dengan kita. Untuk mengenali rakan-rakan lama kita di laman sosial tersebut, kita hendaklah memasukkan gambar kan ? 


 Tetapi kebanyakkan pada zaman modenisasi sekarang, ramai rakyat terutamanya pada golongan remaja menyalah gunakan kemudahan tersebut dan upload gambar mereka hanya tujuan PAMERAN. Macam-macam pose yang mereka buat untuk memastikan gambar itu perfect, kelihatan cantik, comel dan lain-lain lagi.


 Sebenarnya hukum meletakkan gambar di dalam Facebook tidak haram, tetapi hendaklah mengikut syarat-syarat tertentu. Contohnya gambar hendaklah wajib menutup aurat. Nawaitu kita penting bagi masalah ini. Anda boleh melihat ceramah ringkas dari Ustaz Azhar di bawah :] 


 



 Kecantikan Wanita Ibarat Rama-Rama, Jika Ramai Sudah Memegang Sayapnya, Maka Pudarlah Kecantikan Rama-Rama Itu







Seterusnya, saya ingin memberikan beberapa cerita tentang. Cerita ini berkaitan GAMBAR ANDA DICURI ?? . Ada satu laman web ini, Fantasi Dunia. Laman web ini mengumpul semua gambar perempuan artis, selebriti dan gambar orang yang upload gambarnya ke internet. Mungkinkah laman sesawang tersebut mengambil gambar-gambar itu tanpa izin ? Wallahu'alam. Adakah anda ingin gambar anda dibuat seperti di website itu ? Sudah tentu tidakkan. Anda bukannya patung untuk dipamerkan dan diundi kan. 




 Ini peristiwa dan kesan orang yang pernah menguploadkan gambarnya ke laman sosial iaitu Facebook. Jom kita baca :-


KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Fakulti Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan kini hidup dalam keadaan tertekan selepas menerima ugutan daripada seorang penggodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik pertindihan (superimpose) dirinya.

Pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 20, menerima ugutan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rao dan mendakwa bekerja sebagai pereka laman web.

Devi memberitahu, dia menerima ugutan tersebut selepas mengesahkan permintaan lelaki berkenaan untuk menjadi rakan di laman sosial Facebook pada 24 Mac lepas.

Dia mendakwa, selepas itu lelaki berkenaan bertindak mengambil gambarnya yang ada di dalam album di laman sosial itu serta mencuri alamat akaun miliknya.

“Lelaki berkenaan juga menukar kata laluan akaun alamat laman carian Yahoo! milik saya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadi saya sesuka hati,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pengaduan Awam MCA di sini semalam.




Sentiasa beringat, semakin banyak gambar dipamerkan, semakin rendah maruah seseorang insan itu terutamanya perempuan. Jadi sama-samalah kita beristighfar kepada Allah.


Waallahua'lam.~

Jumaat, 23 Mac 2012

Hukum Couple ataupun Bercinta



APAKAH TERLARANG BERCINTA SEBELUM KAHWIN?

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA





     Berciuman dan berpelukan cinta berahi antara pasangan di tepi jalan ataupun di khalayak ramai adalah perkara biasa di dunia Barat. Hidup bagaikan suami isteri tanpa kahwin adalah fenomena yang tidak asing. Sehingga dalam banyak jemputan, dijemput bersama ‘spouses and partners’.


     Memiliki anak tanpa perkahwinan bukanlah sesuatu yang ganjil. Sekalipun ini semua bukanlah budaya asal masyarakat Barat, tetapi trend hidup moden yang disuburkan oleh pelbagai faktor telah meruntuhkan banyak nilai-nilai tradisi yang pernah ada dalam masyarakat mereka dahulu. Ini termasuklah faktor eksploitasi naluri cinta dan seks oleh para pemodal; penerbit majalah, filem, ubat dan pelbagai lagi.


     Apakah cinta itu seks? Apakah seks itu cinta? Perkataan cinta agak abstract. Ia boleh dipadankan kepada banyak perkara; cinta Allah, cinta keluarga, cinta negara, cinta seni dan selainnya. Cinta ertinya kasih, sayang dan ingin bersama. Dalam konteks lelaki dan wanita tentulah antara manifestasi cinta itu hubungan seks. Walaupun bukan semua yang melakukan seks itu bercinta, tapi seks itu utama dalam cinta pasangan. Maka ahli fekah pun mentakrifkan nikah itu sebagai akad yang menghalalkan persetubuhan. Suami yang tidak mampu melakukan seks boleh dipisahkan perkahwinan. Seks tidak keji, bahkan ia mendapat pahala jika mengikut peraturannya.


     Cinta pasangan mendambakan seks; itu benar. Persoalannya; keinginan untuk melakukan seks semasa bila? Jika mengidamnya sebelum kahwin, itu salah. Jika mengidamnya selepas kahwin, itu pahala. Cinta atau kasih, bercinta atau berkasih sayang antara lelaki dan wanita yang ingin hidup bersama, itu normal. Cuma yang rumit, bagaimana mengawal dan menguruskan cinta


Anti-Cinta


     Melihat kerosakan masyarakat, maka ada yang ‘kuat agamanya’ menyalahkan cinta. Lantas, jatuh cinta kepada seseorang yang boleh dikahwini dianggap bagaikan satu dosa. Pasti jika seseorang yang kuat agamanya jatuh cinta, atau berbicara tentang cintanya itu dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan telah hilang kekuatan iman.


     Maka tidak pelik jika ada yang bertanya: apa hukum bercinta? Jika ada ustaz yang kata ‘haram’, punca syaitan dan budaya Barat maka sempitlah perasaan golongan hangat bercinta khusus yang masih muda. Mungkin ada yang akan kata dalam dirinya: ‘nanti tua sikit baru boleh aku kuat agama. Ini kerana susah dia hendak meninggalkan cinta kepada kekasih yang diidami sebagai isteri.


     Mungkin ada yang kuat agama terlajak akan berkata: “Kahwin teruslah. Cinta hanya lepas kahwin”. Tapi, si anak muda ini belum bekerja, belum mampu menyediakan belanja sebagai suami. Jika meminang pun, tentu bapa pasangan membantah. Hanya yang ada setakat ini ‘cinta’. Sama juga yang sedang bertunang belum nikah sebab hendak selesaikan urusan belajar ataupun selain. Dalam tempoh itu mereka bercinta pastinya. Berutus surat, email dan sms. Isinya menggambarkan cinta. Jika bercinta haram melainkan setelah kahwin, maka tentu mereka semua hambar.


Jatuh Cinta


Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang Allah dan RasulNYA mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasangan hidup. Bahkan al-Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitrah manusia. Ia bukan diada-adakan. Ia arus yang mengalir dalam jiwa tanpa boleh dihalang. Lihat firman Allah mengenai lelaki yang jatuh cinta kepada janda yang masih dalam edah kematian suami: (maksudnya)“dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar”. (Surah al-Baqarah: 235)


Ayat di atas membicara larangan meminang wanita dalam edah kematian suami sebelum tamat edahnya. Ini kerana hukum edah mempunyai banyak maslahah termasuk membabitkan perasaan keluarga bekas suami. Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dan perasaan yang selalu teringatkannya. Itu semua tanda ‘jatuh cinta’. Cumanya, Allah memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.


Rayuan Cinta

Bahkan Nabi s.a.w pernah bersimpati dengan Mughith bekas suami Barirah yang masih mencintai isterinya itu. Tangisan dan rayuan cintanya mendapat simpati Nabi s.a.w. Dalam riwayat al-Bukhari daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, katanya:“Bahawa suami Barirah adalah seorang hamba bernama Mughith. Aku seakan masih terbayang dia mengikuti Barirah dari belakang serta menangis sehingga airmatanya mengalir atas janggutnya. Nabi s.a.w berkata kepada ‘Abbas: “Wahai ‘Abbas, tidakkah kau hairan melihat cintanya Mughith kepada Barirah dan bencinya Barirah kepada Mughith?”. Lalu Nabi s.a.w berkata (kepada Barirah): “Tidak mahukah jika engkau kembali kepadanya”. Barirah berkata: “Apakah engkau memerintahkanku?”. Nabi s.a.w bersabda: “Aku hanya mencadangkan”. Kata Barirah: “Aku tidak memerlukan dia”.Nabi s.a.w tidak melarang Mughith membuat rayuan cinta, bahkan bersimpati dan cuba memujuk Barirah. Namun Barirah enggan, maka tiada paksaan dalam cinta. Apakah kita pula menghalang puisi dan lagu cinta yang beradab yang ditujukan kepada seseorang kerana ingin memperisterikannya?



Dua Kekasih

Nabi s.a.w tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta berakhir dengan perkahwinan. Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya. Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi s.a.w, baginda bersabda:“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).



Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini:
“Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada jalan untuk mendapatkannya” (al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/584, Riyadh: Maktab al-Imam al-Syaifii’).

Justeru itu, Nabi s.a.w memberikan pilihan untuk isteri memutuskan perkahwinan yang berlaku atas perasaan benci.“Seorang gadis dara datang kepada Nabi s.a.w memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka. Maka, Nabi s.a.w memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah , dinilai sahih oleh al-Albani).



Haram


Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapkan kepada Barirah juga tidak dilarang. Bercinta seperti gadis yatim itu juga tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta yang sopan juga tidak dilarang. Jadi apa yang dilarang?


Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. Kedua, -walaupun dosanya tidak seperti zina- perbuatan yang mendekati zina. Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia. Inilah juga yang boleh membawa kecenderungan seks sejenis kerana fitrah asal telah disekat. Jika itu berkembang dalam diri seseorang ia menjadi penyakit yang memusnahkan fitrah asalnya.
Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!


p/s:befikirlah mengunakan akal yang diberikan!~









Khamis, 22 Mac 2012

10 Petanda Seseorang Itu Milik Anda.

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




Selasa, 20 Mac 2012

10 PERKARA TENTANG PEREMPUAN.



1. perempuan apabila dia kata "tak ada pape" sebenarnya ada pape, dan bukan tidak mahu dikongsi, kalau anda nak tahu, anda perlu tahu cara untuk memujuknya, salah pujuk, lain yang jadi

2. perempuan memang sukakan pujian tetapi tidak tahu cara untuk bereaksi selepas menerima pujian, senang cite, mungkin sebab malu tapi mahu kot

3. jika seseorang perempuan itu sudah jatuh cinta dengan seseorang lelaki, maka hanya lelaki itu sentiasa ada di fikirannya even waktu tu dia sedang dengan lelaki lain

4. perempuan akan mencair sama seperti larutan aiskrim apabila lelaki yang dicintainya merenung tajam ke dalam matanya

5. beri masa kepada perempuan itu apabila anda menyakiti hatinya, supaya dia dapat bertenang sebelum anda meminta maaf, kalau anda terus sahaja meminta maaf kepadanya tanpa memberi sedikit ruang kepadanya, silap2 ari bulan, makin bertambah marah dia kepada anda...tapi yang ni, bergantung pada perempuan jugak, kenali perempuan yang anda cintai tu jenis yang mcm mana

6. senyuman seorang lelaki adalah sangat bernilai kepada seorang perempuan, jadi, jangan sembarangan senyum kat mana2 perempuan, takut disalah ertikan

7. apabila seorang perempuan mengadu dia dalam kesedihantetapi tidak menitiskan air mata, itu mdia sedang menangis di dalam hati

8. perempuan senang meluahkan apa yang dirasanya tetapi bukan secara terang-terangan, mereka biasanya pandai meluahkan dengan cara yang berbeza sebagai contoh melalui muzik, lukisan, tulisan atau sebagainya kerana itu adalah cara yang termudah...tugas anda sebagai lelaki, merungkai kod tersembunyi di dalam hasilannya

9. ucapan "hi" atau "selamat pagi" sudah cukup membuatkan perempuan bahagia sehingga ke malam, tapi kalau anda memang tgh bergaduh dengannya, mungkin ini tidak membantu, hehehe...lagi menyakitkan hati kot

10. apabila orang yang dicintainya memberikan respons positif semasa di awal perkenalan, perempuan biasanya lebih bersikap acuh tak acuh walhal dalam hati, dah berteriak kuat2, kalau duk hostel, kompem tak sampai 5minit, satu blok dah tahu kisahnya...ini satu lagi contoh malu tapi mahu 



kantoi dah la..hahahaha

Isnin, 19 Mac 2012

5 Hadiah Kesukaan Wanita Sempena Hari Jadi .

Hi , Lelaki apakah hadiah yang biasa anda berikan kepada pasangan anda pada hari jadi si dia?


Well, memang selalu kita doakan agar si dia panjang umur, dimurahkan rezeki, dan sebagainya. Tetapi, apa maksud saya adalah, apakah benda atau barang yang anda berikan kepada si dia sempena menyambut ulang tahun kelahiran kekasih anda itu? 



Disini ada bebrapa hadiah yang membolehkan si pasangan berasa gembira diatas hadiah yang diberikan oleh kita padanya:


1Coklat – Saya rasa jarang perempuan suka makan coklat ni. Alasan yang paling kuat mereka berikan adalah, takut gemuk. Tetapi daripada survey yang dibuat di fanpage blogger, ramai wanita memberitahu bahawa mereka gemarkan coklat sebagai hadiah hari jadi. Mungkin coklat seperti Ferrero Rocher adalah hadiah yang paling sesuai untuk kategori coklat ini.


2. Bunga – Perempuan mana yang tidak sukakan bunga, betul? Walaupun sekuntum bunga ros diberikan kepada mereka pun sudah cukup buatkan mereka gembira terangkat terbang ke langit. Tetapi adakah anda tahu setiap bilangan kuntuman bunga ada maksudnya yang tersendiri?


3. Teddy Bear – Daripada kecil lagi, wanita dibesarkan dengan anak patung, dan juga teddy bear. Bagi mereka, teddy bear dapat mententeramkan mereka terutama apabila mereka dalam keadaan sedih, bersendirian ataupun ketika dalam ketakutan. Yang membuatkan teddy bear disukai wanita adalah kerana ianya gemuk, buncit, dan perutnya sedap dipeluk.


4. Jam Tangan – Bagi sesetengah orang, hadiah jam tangan adalah mahal. Tetapi mungkin dalam 5 atau 10 tahun sekali, kalau anda ada duit lebih, bolehlah belikan jam tangan kepada si dia sebagai tanda kasih sayang kepadanya. Kalau hendak jimat lagi, belilah jam tangan couple. Anda dapat satu, si dia pun dapat satu.


5. Buku (novel) – Perempuan memang suka membaca novel. Tipulah kalau ada yang mengatakan mereka langsung tak pernah membacanya. Buku seperti novel merupakan di antara hadiah yang digemari oleh wanita. Tetapi tidak semestinya novel sahaja yang boleh diberikan sebagai hadiah. Anda juga boleh berikan buku lain seperti buku keagamaan atau buku yang berinformasi seperti, Indahnya Hidup Bersyariat, dan jugaHebatnya Kuasa Istikharah.





Jadi, itulah di antara lima hadiah yang paling digemari wanita sempena hari jadi mereka.
Jika hari ulang tahun kelahiran pasangan anda semakin dekat, apa kata anda ambil salah satu daripada hadiah di atas untuk diberikan kepada si dia. Saya percaya si dia pasti akan teruja dan gembira sangat-sangat. Tetapi jangan sampai anda terkantoi ambil tips dalam artikel ini pulak, sudah la ye.. :P



SILA LIKE!